Wednesday, October 14, 2009

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

Salam kepada semua rakan penternak,

Rasanya lama sudah aku tak update blog ni sebab waktu kerja yg terhad. Perkembangan sentiasa ada utk kita berkongsi bersama2. Alhamdulillah sedar tak sedar sudah 6 bulan aku telah menceburi bidang penternakan kambing. Banyak pengalaman berguna/berharga yg telah aku dapat dan banyak juga nasihat yg aku perolehi daripada rakan2 ternak yg lain. Terima kasih aku ucapkan. Sekarang ni sudah 5 ekor ibu kambing telah melahirkan anak sebanyak 6 ekor ( 2 betina & 4 jantan ). Syukur kepada ilahi kerana semua anak2 kambing aku berada dlm keadaan sihat dan sekarang ni pun ada 3 lagi ibu yg menanti giliran. Sekarang ni aku dah mula ke peringkat memperbesarkan kandang serta menanam rumput napier untuk menampung bekalan makanan yg selama ini yg hanya bergantung kepada daun sawit dan dedak. Terima kasih banyak2 kepada sahabat aku Din/Koi Bukit Kuantan Farm kerana banyak membantu aku untuk mendapatkan benih rumput napier secara percuma atas dasar persahabatan. Jasa Din/Koi serta sahabat yg lain termasuk Bro Adi akan aku kenang sampai bila2. InsyaAllah selepas ini mungkin giliran pula aku pula membantu mereka dalam hal2 yg berkaitan. Mulai tahun hadapan InsyaAllah aku akan mula menternak kambing daripada baka tertentu setelah melihat perkembangan kambing katjang/kampung yg berkembang dengan sihat. Sekarang ni pun aku sedang mengumpul modal dan meneliti setiap aspek untuk mengembangan projek yg aku jalankan ini. Kita merancang dan berusaha namun yg menentukan baik dan buruknya hanyalah Allah s.w.t tuhan yg maha Esa. Kepada rakan2 ternak semua tegurlah aku, perbetulkan lah aku dan nasihati lah aku kerana itu semua akan menjadi semangat serta dorongan kepada aku yg masih mentah dalam bidang ini. " correct me if I'm wrong " this is what i need to motivate my self. Thinking positive!!! A WINNER NEVER QUITE & A QUITER NEVER WIN!!! adios...

1 comment:

  1. salam..
    dimana saya boleh dptkan baka kambing boer?
    harap dpt membantu...
    email: kezo_17@yahoo.com

    ReplyDelete