Sunday, May 24, 2009

GAMBAR 4 EKOR INDUK KAMPUNG BARU BELI.....

Salam...
Ni dia gambar induk betina kampung yang aku beli kat Kijal semalam( 23/5/2009 ) Harga RM1000 untuk 4 ekor...

Saturday, May 23, 2009

KAMBING PENJANTAN......APA JENIS BAKA PUN AKU TAK TAHU... PAKAI BELI JE

NI DIA PENJANTAN AKU...

Salam....
Siapa2 yg tahu pasal baka kambing jantan ni jenis apa tolong bagi nasihat... aku pun tak tahu jenis apa kambing ni....pakai beli je... tapi badan dia bleh tahan la kot tak besar sgt bleh la kawin dgn induk kampung yg aku baru beli... Brader yg baju putih tu baka dari dungun... jangan marah aaa En. Zedi.... ( kawan rapat aku merangkap bapak angkat kambing2 aku ) yang sorang lagi tu adik aku K'yo... dua orang ni memang banyak membantu aku....



NI DIA VIDEO YG AKU AMBIL..... BIASA LA BILA BAPAK ANGKAT DATANG... ANAK ANGKAT APA LAGI... BERMESRA LA..... JGN MARAH BOS... GURAU SENDA....



AKU DAH DAPAT KAMBING KAMPUNG 4 EKOR DENGAN HARGA RM250.00 SEKOR

Salam,

Aku baru je beli 4 ekor induk kampung dengan berat antara 20 hingga 30 kilo sekor dengan harga Rm250 sekor. Atas dasar baru nak belajar ternak.. pemilik kandang dari Kijal Kemaman telah memberi harga yang berpatutan kepada aku... terima kasih kepada penternak dari Kijal kerana banyak membantu aku... Cerita dari tuan empunya kandang kambing tersebut... dua daripada betina tersebut mungkin dah bunting dah.... Gambar kemudian aku upload untuk di komen oleh kawan2 penternak... Masa aku pergi beli semalam... ada kawan yg dah setahun ternak kambing follow sama sebagai pemberi nasihat untuk memilih kambing.... Dia pun beli jugak sekor.... sekarang ni kambing aku dah ada 10 ekor... tengok dulu perkembangan macam mana.... kalau ok aku akan start cari baka yang mahal skit cam boer atau jamnapari dua tiga ekor buat induk.... Duit pun dah kering dah sekarang... simpan skit untuk sambut kelahiran anak ketiga aku yg dijangka lahir bulan 6 nanti... Kepada penternak semua nasihatkan lah aku dan tegurlah aku jika ada salah dan silap.... kepada mereka yg call aku pasal nak jual kambing... terima kasih banyak2.... wasalam.....

Wednesday, May 20, 2009

Komen tak sihat yang aku dapat.....

Salam untuk semua...
Baru2 ni adalah dua tiga orang kampung datang tengok kandang dan kambing aku.... Adalah sorang pakcik tu mulut memang takde insuran.... dia cakap baka kambing aku jenis tak elok ( yg tu aku terima ), kandang yg aku buat tak betol ( pun aku terima ) tapi bila dia cakap aku bodoh sebab bela kambing yg ni aku tak bleh terima... dia kata baik kau bela lembu lagi untung.... aku ni kalau jenis banyak duit takpe la jugak... bukan setakat lembu... kuda, gajah, rimau pun aku bleh bela.... Lepas tu aku tanya dia.. lembu pakcik ada berapa ekor... lepas tu dengan selamba dia cakap yg dia tak ternak apa2 pun... hampeh.... Sebenarnya aku ternak kambing ni untuk survey aku punya kebolehan dan tahap kemampuan aku terlebih dahulu.... bila aku dah rasa aku betul2 bersedia aku akan jadikan bidang ternakan ini sebagai sumber rezeki utama untuk keluarga aku... insyaallah... Namun ramai juga rakan2 serta jiran2 bagi nasihat membina yang menaikkan kembali semangat aku.... KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEMUA... NASIHATLAH AKU DENGAN SEIKHLAS HATI... PASTI AKAN AKU TERIMA... SEMOGA ALLAH BUKA JALAN UNTUK AKU UNTUK TERUS MAJU KE HADAPAN.... Berdentum guruh dilangit... takkan hancur bumi sebelum kiamat....... Wasalam....

Sunday, May 17, 2009

Inilah kandang kambing aku yang aku buat dengan bapa mentua aku serta rakan-rakan. Terima kasih kepada Ayahanda mentua aku Ismail Ibrahim, Bonda mentua aku Siti Fatimah, K'yo, Zedi dan Pok Chang. Jasa korang semua akan aku kenang sampai bila-bila. Bila kambing ni dah beranak pinak nanti aku akan namakan anak2 kambing sempena nama korang. Jangan marah aaa.... Walaupun kandang ni CF tak lulus namun aku berjanji akan teruskan usaha murni ini sehingga menjadi 'THE KAMBEENG BANGLOW'. Manalah tau kan esok2 bleh berjaya.....

Sunday, May 3, 2009

Kambing baka apa tah.....





Ni dia gambar kambing aku... yang ni baru dua ekor.... lagi 4 ekor akan aku upload kemudian....

BARU NAK BELAJAR TERNAK KAMBING

Salam untuk semua....

Sebenarnya aku ni baru nak belajar menternak kambing.... Baka yang aku ada ni pun aku tak tahu jenis apa.... so kepada abang2 dan kakak yang dah expert tu tolong lah beritahu kalo tahu apa jenis kambing seperti dalam gambar tu. KAmbing pun baru ada 6 ekor jer... sikit2 lama banyak la tu kot insyaallah.....