Wednesday, May 20, 2009

Komen tak sihat yang aku dapat.....

Salam untuk semua...
Baru2 ni adalah dua tiga orang kampung datang tengok kandang dan kambing aku.... Adalah sorang pakcik tu mulut memang takde insuran.... dia cakap baka kambing aku jenis tak elok ( yg tu aku terima ), kandang yg aku buat tak betol ( pun aku terima ) tapi bila dia cakap aku bodoh sebab bela kambing yg ni aku tak bleh terima... dia kata baik kau bela lembu lagi untung.... aku ni kalau jenis banyak duit takpe la jugak... bukan setakat lembu... kuda, gajah, rimau pun aku bleh bela.... Lepas tu aku tanya dia.. lembu pakcik ada berapa ekor... lepas tu dengan selamba dia cakap yg dia tak ternak apa2 pun... hampeh.... Sebenarnya aku ternak kambing ni untuk survey aku punya kebolehan dan tahap kemampuan aku terlebih dahulu.... bila aku dah rasa aku betul2 bersedia aku akan jadikan bidang ternakan ini sebagai sumber rezeki utama untuk keluarga aku... insyaallah... Namun ramai juga rakan2 serta jiran2 bagi nasihat membina yang menaikkan kembali semangat aku.... KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEMUA... NASIHATLAH AKU DENGAN SEIKHLAS HATI... PASTI AKAN AKU TERIMA... SEMOGA ALLAH BUKA JALAN UNTUK AKU UNTUK TERUS MAJU KE HADAPAN.... Berdentum guruh dilangit... takkan hancur bumi sebelum kiamat....... Wasalam....

1 comment:

  1. Biasolah Pijoe... org kito tak boleh tgk org sonang sikit.. sy pun gitu juga mase mula2 ternak kambing ni.. org ejek la... yg hilang la..tp tu semua adat org bertenak..la ni saya ade kambing bebiri dekat 20 ekor..mase mula2 saye beli 1 ekor je... dah sepuluh tahun dah saya ternak kambing ni... Insyaallah boleh memberi manfaat kita. sila layaari blog saya ujangjolobu@blogspot.com. terima kasih

    ReplyDelete