Saturday, May 23, 2009

AKU DAH DAPAT KAMBING KAMPUNG 4 EKOR DENGAN HARGA RM250.00 SEKOR

Salam,

Aku baru je beli 4 ekor induk kampung dengan berat antara 20 hingga 30 kilo sekor dengan harga Rm250 sekor. Atas dasar baru nak belajar ternak.. pemilik kandang dari Kijal Kemaman telah memberi harga yang berpatutan kepada aku... terima kasih kepada penternak dari Kijal kerana banyak membantu aku... Cerita dari tuan empunya kandang kambing tersebut... dua daripada betina tersebut mungkin dah bunting dah.... Gambar kemudian aku upload untuk di komen oleh kawan2 penternak... Masa aku pergi beli semalam... ada kawan yg dah setahun ternak kambing follow sama sebagai pemberi nasihat untuk memilih kambing.... Dia pun beli jugak sekor.... sekarang ni kambing aku dah ada 10 ekor... tengok dulu perkembangan macam mana.... kalau ok aku akan start cari baka yang mahal skit cam boer atau jamnapari dua tiga ekor buat induk.... Duit pun dah kering dah sekarang... simpan skit untuk sambut kelahiran anak ketiga aku yg dijangka lahir bulan 6 nanti... Kepada penternak semua nasihatkan lah aku dan tegurlah aku jika ada salah dan silap.... kepada mereka yg call aku pasal nak jual kambing... terima kasih banyak2.... wasalam.....

No comments:

Post a Comment