Monday, July 6, 2009

ALHAMDULLILAH LAHIRNYA 2 EKOR LAGI ANAK KAMBING

SALAM,

Semalam tanggal 06/07/09 aku mendapat rezeki daripada Allah s.w.t. dengan kelahiran 2 ekor lagi anak kambing. Sekor jantan dan sekor betina menjadikan 3 ekor anak kambing lahir pada minggu ni. Walaupun baka yg lahir tu hasil kacukan penjantan saenen dan induk katjang/kampung namun aku tetap bersyukur kerana di limpahi rezeki daripada Allah. Dengar cerita sahabat kawan Koi dan Nan Bukit kuantan pun tak lena tido pasal banyak sgt ibu kambing melahirkan anak sehingga koi/Din terpaksa menjadi bidan menyambut kelahiran baby2 baru. Cuma aku tertanya2 bila lagi Koi nak mendapat anak sendiri... kwakwakwa. Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita semua para penternak. amin...

Sunday, July 5, 2009

BAKAL HERO KANDANG AKU... BROWN HEAD @ BOER

ni la bakal hero kandang aku...
kena kurung dulu la... biar besar dulu baru bleh bebas...
merenung jauh la plak.. ingat kat ibu dia kot

SALAM,
Semalam 05/07/09 akhirnya impian aku untuk dapatkan penjantan boer akhirnya tertunai jua.Umur baru je 3 bulan lebih dengan berat 25 kilo. Walaupun pemegang amanah kambing ni sayang nak jual namun atas usaha bercampur bodek sahabat aku Din/Koi Bukit Kuantan akhirnya penjantan muda ni menjadi milik aku. Harga tak perlulah di beritahu yg pasti banyak jugak la kambing jantan muda boer cross / jamna cross yg hendak di jual dan sesiapa yg berminat bleh la hubungi En. Wan. Razali ( PERKAYA / Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu ) kat Cheneh Kemaman di talian 019-9864895 untuk keterangan lanjut. Terima kasih banyak2 kepada sahabat aku Din/Koi dan Bro Adi kerana banyak membantu. Terima kasih tidak terhingga kepada En. W. Razali kerana lepaskan juga anak kambing jantan tu walaupun dengan berat hati... takpe nanti bila aku ada duit aku beli lagi kambing kat situ... Kepada Din/Koi teruskan usaha membodek sehingga tercapai impian tu... Ada masa nanti kawan pi melawat deme kat Bukit Kuantan... Lepas ni bleh la tukar menukar jantan supaya takde line breeding... Wassalam


LAHIRNYA ANAK PERTAMA DI KANDANG AKU..



Salam,
Dua hari lepas lahir lah sekor anak kambing jantan baka saenen / kampung pertama kat kandang aku.... semangat membara beb.... lepas ni aku nak cari penjantan boer plak buat baka...