Tuesday, February 8, 2011
LAMA SUDAH TAK UPDATE BLOG
SALAM SEMUA... LAMA SUDAH AKU TAK UPDATE BLOG NI... TUNGGU KEMUNCULAN KAMBING2 TERBARU...HUHUHUHUHU
Wednesday, October 14, 2009
SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Salam kepada semua rakan penternak,
Rasanya lama sudah aku tak update blog ni sebab waktu kerja yg terhad. Perkembangan sentiasa ada utk kita berkongsi bersama2. Alhamdulillah sedar tak sedar sudah 6 bulan aku telah menceburi bidang penternakan kambing. Banyak pengalaman berguna/berharga yg telah aku dapat dan banyak juga nasihat yg aku perolehi daripada rakan2 ternak yg lain. Terima kasih aku ucapkan. Sekarang ni sudah 5 ekor ibu kambing telah melahirkan anak sebanyak 6 ekor ( 2 betina & 4 jantan ). Syukur kepada ilahi kerana semua anak2 kambing aku berada dlm keadaan sihat dan sekarang ni pun ada 3 lagi ibu yg menanti giliran. Sekarang ni aku dah mula ke peringkat memperbesarkan kandang serta menanam rumput napier untuk menampung bekalan makanan yg selama ini yg hanya bergantung kepada daun sawit dan dedak. Terima kasih banyak2 kepada sahabat aku Din/Koi Bukit Kuantan Farm kerana banyak membantu aku untuk mendapatkan benih rumput napier secara percuma atas dasar persahabatan. Jasa Din/Koi serta sahabat yg lain termasuk Bro Adi akan aku kenang sampai bila2. InsyaAllah selepas ini mungkin giliran pula aku pula membantu mereka dalam hal2 yg berkaitan. Mulai tahun hadapan InsyaAllah aku akan mula menternak kambing daripada baka tertentu setelah melihat perkembangan kambing katjang/kampung yg berkembang dengan sihat. Sekarang ni pun aku sedang mengumpul modal dan meneliti setiap aspek untuk mengembangan projek yg aku jalankan ini. Kita merancang dan berusaha namun yg menentukan baik dan buruknya hanyalah Allah s.w.t tuhan yg maha Esa. Kepada rakan2 ternak semua tegurlah aku, perbetulkan lah aku dan nasihati lah aku kerana itu semua akan menjadi semangat serta dorongan kepada aku yg masih mentah dalam bidang ini. " correct me if I'm wrong " this is what i need to motivate my self. Thinking positive!!! A WINNER NEVER QUITE & A QUITER NEVER WIN!!! adios...
Monday, July 6, 2009
ALHAMDULLILAH LAHIRNYA 2 EKOR LAGI ANAK KAMBING
SALAM,
Semalam tanggal 06/07/09 aku mendapat rezeki daripada Allah s.w.t. dengan kelahiran 2 ekor lagi anak kambing. Sekor jantan dan sekor betina menjadikan 3 ekor anak kambing lahir pada minggu ni. Walaupun baka yg lahir tu hasil kacukan penjantan saenen dan induk katjang/kampung namun aku tetap bersyukur kerana di limpahi rezeki daripada Allah. Dengar cerita sahabat kawan Koi dan Nan Bukit kuantan pun tak lena tido pasal banyak sgt ibu kambing melahirkan anak sehingga koi/Din terpaksa menjadi bidan menyambut kelahiran baby2 baru. Cuma aku tertanya2 bila lagi Koi nak mendapat anak sendiri... kwakwakwa. Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita semua para penternak. amin...
Sunday, July 5, 2009
BAKAL HERO KANDANG AKU... BROWN HEAD @ BOER
ni la bakal hero kandang aku...
kena kurung dulu la... biar besar dulu baru bleh bebas...
merenung jauh la plak.. ingat kat ibu dia kot
SALAM,
SALAM,
Semalam 05/07/09 akhirnya impian aku untuk dapatkan penjantan boer akhirnya tertunai jua.Umur baru je 3 bulan lebih dengan berat 25 kilo. Walaupun pemegang amanah kambing ni sayang nak jual namun atas usaha bercampur bodek sahabat aku Din/Koi Bukit Kuantan akhirnya penjantan muda ni menjadi milik aku. Harga tak perlulah di beritahu yg pasti banyak jugak la kambing jantan muda boer cross / jamna cross yg hendak di jual dan sesiapa yg berminat bleh la hubungi En. Wan. Razali ( PERKAYA / Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu ) kat Cheneh Kemaman di talian 019-9864895 untuk keterangan lanjut. Terima kasih banyak2 kepada sahabat aku Din/Koi dan Bro Adi kerana banyak membantu. Terima kasih tidak terhingga kepada En. W. Razali kerana lepaskan juga anak kambing jantan tu walaupun dengan berat hati... takpe nanti bila aku ada duit aku beli lagi kambing kat situ... Kepada Din/Koi teruskan usaha membodek sehingga tercapai impian tu... Ada masa nanti kawan pi melawat deme kat Bukit Kuantan... Lepas ni bleh la tukar menukar jantan supaya takde line breeding... Wassalam
Saturday, June 13, 2009
TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN
SALAM
KEPADA SEMUA PENTERNAK TAK KIRA WALAU DI MANA BERADA... TAK KIRA BUAT SECARA KOMERSIAL ATAU PUN UNTUK SUKA2... KEBELANGKANGAN INI SERING TERJADI KECURIAN KAMBING SECARA BESAR-BESARAN MAHUPUN KECIL-KECILAN.... BERWASPADALAH SENTIASA... JANGAN SAMPAI USAHA BERKUBUR BERSAMA HARAPAN....
"DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI... YA ALLAH YG TUHAN KU... KAU BERKATILAH USAHA RAKAN-RAKAN PENTERNAK YG HIBA HATINYA... YG PATAH SEMANGATNYA.... YG HILANG PUNCA REZEKINYA KERANA KEJAHILAN MANUSIA YG BERJIWA IBLIS... KAU LAKNATILAH GOLONGAN2 YG MEMAKAN HASIL DARI KERINGAT SAUDARA MEREKA SENDIRI.... HANYA PADA MU KU MEMOHON PERTOLONGAN DAN HANYA PADA MU KU MINTA PENGAMPUNAN... AMIN..."
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)